Kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman bersama
Ketua Pengarah Penerangan Malaysia pada Disember 2008. Berdiri dari kiri; Puan Fadzillah Hj Mohamad, Mohd Faizul Effendy Abd Rahman, En. Yahya Mamat (Pegawai JASA), En. Azmi Mat Jusoh, En. Abu Bakar Abdullah, En. M. Asyraf Mustafa, En. Mawari Mohamad (Kakitangan JASA) & Puan Aneta Ahmad. Duduk dari kiri; Tuan Haji Mohd Nasir Hj Salleh (Pengarah Penerangan Negeri Kelantan), Dato' Abdullah Morad (Ketua Pengarah Penerangan Malaysia) & Puan Hajah Halimaton Hamza (Pengarah Penerangan Negeri Terengganu).
Ketua Pengarah Penerangan Malaysia pada Disember 2008. Berdiri dari kiri; Puan Fadzillah Hj Mohamad, Mohd Faizul Effendy Abd Rahman, En. Yahya Mamat (Pegawai JASA), En. Azmi Mat Jusoh, En. Abu Bakar Abdullah, En. M. Asyraf Mustafa, En. Mawari Mohamad (Kakitangan JASA) & Puan Aneta Ahmad. Duduk dari kiri; Tuan Haji Mohd Nasir Hj Salleh (Pengarah Penerangan Negeri Kelantan), Dato' Abdullah Morad (Ketua Pengarah Penerangan Malaysia) & Puan Hajah Halimaton Hamza (Pengarah Penerangan Negeri Terengganu).
Assalamualaikum dan salam perpaduan..
Alhamdullillah, ini adalah merupakan entri yang pertama di blog rasmi pertama Pejabat Penerangan Daerah Kemaman. Mungkin agak terlewat, tetapi bak kata pepatah Inggeris, better late than never, maka adalah tidak terlewat bagi kami untuk menyampaikan segala macam aktiviti, isu setempat mahupun sebarang informasi-informasi terkini yang berlaku di dalam daerah Kemaman mahupun di mana-mana kawasan yang berada di sekitarnya menerusi blog ini.
Juga, sinonim dengan perlantikan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-6, kami dengan berbesar hati juga melancarkan blog ini, sebagai satu langkah baru Pejabat Penerangan Daerah Kemaman ke arah mencapai matlamat pendekatan menyeluruh terhadap semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang berada di luar daerah Kemaman dan Negeri Terengganu Darul Iman.
Sedikit mengenai Pejabat Penerangan Daerah Kemaman sebagai info untuk anda semua.
Pejabat Penerangan Daerah Kemaman terletak dalam kawasan Parlimen Kemaman P.40 dan DUN Chukai N.31. Lokasinya terletak di Jalan Taha dan bersebelahan dengan Pejabat Ukur Daerah Kemaman.
Bangunan pejabat ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia pada 19 November 1978.
Pejabat ini menempatkan seorang Pegawai Penerangan Daerah (Pn. Fadzillah Hj Mohamad), seorang Penolong Pegawai Penerangan (Pn. Aneta Ahmad), seorang Pembantu Penerangan (En. Mohd Faizul Effendy Abd Rahman, tiga orang Juru Audio Visual (En. Azmi Mat Jusoh, En. M. Asyraf Mustafa & En. Wan M. Sahli Azri Wan Salim) dan seorang Pembantu Am Pejabat (En. Abu Bakar Abdullah).
Pejabat ini mempunyai dua kenderaan (unit bergerak) bagi melaksanakan aktiviti alat siaraya dan hebahan umum serta pengedaran bahan-bahan penerbitan jabatan dan kerajaan negeri.
Pejabat Penerangan Kemaman turut menyediakan perkhidmatan juru acara dan penceramah bagi program rasmi dan tidak rasmi anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain di daerah ini.
Alamat Pejabat Penerangan Daerah Kemaman adalah Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Manakala nombor telefon dan faksnya adalah 09-8591444.
Insya Allah, dari masa ke semasa, laman blog ini akan dikemaskini mengikut perkembangan semasa serta aktiviti yang dilaksanakan, disertai mahupun dianjurkan oleh Pejabat ini, bermula April 2009.
Dan yang pasti, diharapkan agar anda semua dapat melanggani blog ini dan seterusnya sentiasa 'melekat' bagi mengikuti perkembangannya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment